Gangster Celop..Tonton on9..(^_^)



Ianya mengisahkan tentang dua orang rakan, Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof)yang tinggal di rumah kebajikan. Mereka melarikan diri kerana selalu dimarah oleh penjaga mereka akibat tabiat mereka yang suka bergaduh.

Pada suatu hari mereka dibelasah kerana mencuri ayam goreng dan diselamatkan oleh Ayahanda Mat Jambu (Yus Jambu). Mereka terhutang budi dengan Ayahanda kerana belanja mereka air slurpee 7-eleven. Ini membuatkan mereka menjadi pengikut setia kepada Ayahanda.

Konflik bermula bila mereka kantoi dan dipenjarakan selama 5 tahun sewaktu menyerang Man Cirit (Azad Jazmin) yang sedang berkaraoke.

Mereka bercadang nak cuci tangan selepas keluar penjara tetapi mereka perlu berjumpa dan meminta izin dengan Ayahanda. Niat murni mereka diterima oleh Ayahanda dan mereka ditugaskan untuk menjadi babysitter kepada anak dara Ayahanda, Suzana yang akan pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian di oversea.

Bukan senang bagi seorang yang sejak azalinya adalah gangster menjadi babysitter tanpa membuat Suzana mengesyaki kegiatan yang dilakukan oleh ayahnya.

Sehinggakan pada satu kejadian, Ayahanda mati ditembak oleh Man Cirit didepan Suzana.

Apakah yang bakal terjadi kepada Suzana, Kenapa Man Cirit ingin membunuh Ayahanda Mat Jambu? Apa yang bakal dilakukan oleh Aman dan Adam?

Trailer



Tonton online klik->Sini

7 comments:

  1. hanis zalikha pun ada jugak..mesti tengok nih.. :)

    ReplyDelete
  2. tengok2 jgn tak tengok..hehe..(^_^)

    ReplyDelete
  3. wah best juga ni !

    ReplyDelete
  4. salam :)

    okey jugak poster nyer...confirm lawak ni kan..:)

    p/s: keputusan GA telah diumum...mari lihat sapa yg berjaya :)

    ReplyDelete
  5. Dah lama ditayangkan tapi belum tengok2 lagi. Huhu

    ReplyDelete
  6. suka tengok hanis zalaika berlakon..

    ReplyDelete

Dah pandai2 singgah sini tak nak komen ker..hehe..komen ayat yang baik2 yer..(^_^)