Misiku Kuza..Astro Ria..(^_^)

Misiku Kuza
 Hari: Isnin
Masa: 10 malam
Pelakon: Arja Lee, Erin Malik,Hairul Azreen

Sinopsis

Seorang doktor kacak bernama Aaron aziz ( Arja Lee) tidak lagi mempercayai cinta selepas dikhianati  oleh bekas isterinya dulu.Bagaimanapun kehadiran Kuza (Erin Malik) yang menjalani latihan di hospital tempat kerjanya telah berubah persepsi Dr Aaron tentang cinta.Namun cintanya diganggu oleh adiknya sendiri lakonan Hairul Azreen yang turut mempunyai perasaan terhadap Kuza. Sikap Kuza yang berani dan jujur telah memikat kedua-dua jejaka itu kerana masing-masing pernah berhadapan situasi 'hitam' bersama wanita.

Trailer:



Lagu:


Tonton:

Sembunyi : Amukan Azazil..Tonton Online..(^_^)


TAJUK FILEM : AZAZIL
GENRE:: Fantasi / Seram
MULA TAYANGAN: 28 Mac 2013
PENGARAH: Kabir Bhatia
PELAKON: Diana Danielle, Remy Ishak, Umie Aida, Sharnaaz Ahmad, Fizo Omar

SINOPSIS SEMBUNYI (2013)

Aishah (Diana Danielle) adalah seorang gadis muda yang hidup di zaman penjajahan Jepun. Dalam percubaannya untuk melarikan diri daripada askar Jepun, Aishah dipukul sehingga pengsan dan setelah tersedar, mendapati dirinya berada di sebuah kampung yang sunyi. 


Dia diberikan sebuah tempat berlindung oleh orang kampung dan mulakan hidup barunya di sana. Tetapi, tidak lama selepas itu, Aishaj mula menyedari tahu bahawa kampung tersebut juga mempunyai rahsia tersendiri. 

Aishah sering didatangi seorang kanak-kanak perempuan yang cacat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Dia juga mendapat tahu bahawa sebuah roh jahat yang tidak diketahui asalnya sedang menghantui kawasan hutan di kampung itu. 

Roh yang dikenali sebagai Azazil itu sering memburu orang kampung. Kampung yang pada mulanya aman kerana penduduknya yang selalu membuat pelawaan makanan kepada Azazil akhirnya menjadi kucar-kacir sebaik sahaja Aisha menjejak kakinya di sana.

Tonton online

Bola Kampung The Movie..Tonton Online..(^_^)



MULA TAYANGAN: 21 Mar 2013
GENRE:Animation
PENGARAH:Wong Kuan Loong
PELAKON:Aizat Amdan, Mamat (Sepah), Noh (Hujan), Douglas Lim, Deanna Yusoff, Harun Salim Bachik, Harris Alif, Aznil Nawawi, Ezlynn, Afdlin Shauki.

Sinopsis

Amanda merupakan seorang puteri yang berasal dari dunia maya sebuah permainan bernama ‘Kingdom Hill’. Baginda telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari Perwira Suria, iaitu penyelamat yang boleh menamatkan krisis yang sedang melanda kerajaannya.

Malangnya, baginda hilang ingatan sebaik sahaja tiba di Kampung Gong Lechar. Iwan yang merupakan hero Bola Kampung telah tersalah sangka bahawa Puteri Amanda adalah saudaranya yang sepatutnya datang melawatnya di kampung semasa cuti sekolah. Baginda puteri kemudiannya menghabiskan masanya beramah-mesra bersama Iwan dan rakan-rakannya. Tidak beliau sedari akan hakikat bahawa seorang anasir perosak dari dunia permainan maya yang berniat untuk membunuh baginda telah muncul di Kampung Gong Lechar.

Ingatan Puteri Amanda kembali pulih sedikit demi sedikit. Misinya untuk mencari pahlawan terpilih iaitu Perwira Suria telah berjaya apabila beliau menyedari bahawa Saboklah perwira yang dicari-cari selama ini. Malang sekali, Puteri Amanda telah ditangkap dan dilarikan oleh anasir perosak dan dipaksa untuk pulang ke dunia permainan maya, Kingdom Hill.


Iwan dan rakan-rakannya bersiap-sedia untuk menyelamatkan Puteri Amanda dan kerajaannya daripada serangan anasir perosak tersebut. Kumar yang merupakan seorang saintis muda kampung itu menyedari bahawa permainan alam maya terkemuka Kingdom Hill telah diserang virus dan mengesyaki virus yang sama menjadi punca kekacauan yang melanda keselamatan kerajaan maya itu.

Iwan, Sabok dan Azizul kemudian memasuki dunia maya Kingdom Hill dengan tujuan untuk menyelamatkan Puteri Amanda sekaligus menghancurkan niat jahat Lord Vilas untuk menakluki kerajaan Kingdom Hills.

Tonton online

Segmen Blogger Paling Cool..(^_^)

Assalamualaikum . Alhamdulillah , semalam berlangsung pencarian sponsor , ramai juga , tapi ninaa terpaksa tapis beberapa orang sebab kalau boleh tak nak banyak syarat sangat kan . So . sementara menunggu Simple Giveaway yang akan tamat pada 18 Mei ini , Ninaa nak buat satu segmen , seminggu sahaja ^^
Syarat-Syaratnya ialah :
  1. Follow Blog Sponsor --> CikAkma , FatinSyaheera , Hidayah , Mimi
  2. Like --> 
  3. Follow Sini -->
  4. Buat satu entry dengan tajuk "Segmen Blogger Paling Cool"
  5. Copy Coding yang telah diberikan dan paste di HTML
  6. Pastekan URL Segmen anda di ruangan komen .
*Kalau tiada Twitter , its ok ^^


Senang je kan syarat nya :) So Hadiah-hadiahnya ialah :

  1. T-Shirt Running Man untuk seorang *saiz M
  2. Topup RM5 untuk 8 orang
  3. Topup RM10 untuk 2 orang
  4. Long Necklace untuk seorang
Lumayan tak hadiah tu ? InsyaAllah , akan ada pertambahan hadiah . Segmen ini tamat pada 11 Mei 2013 . Pemenang akan dimumkan pada hari esoknya . Klik Banner untuk join ^^

di atas adalah copyright..(^_^)

Menang Hadiah Dari Blogger 2 3 hari Tak Online..hehe(^_^)

Assalamualaikum semua..sudah 2 taw 3 hari tak buka blog..saya cuma buka fb jer tu pon tak best sebab guna handphone..mata jadi kecik dan terus kecik..hmm..hehe..paham2 jer ye..saya tak suka balas msg guna handphone sebernanya..tapi nak cakap kat sini saya menang..hehe..memang rezeki saya tak buka blog kot..buka-buka hari nie..Alhamdulillah rezeki bulan 5 nie..saya dapat hadiah dari blogger..tapi terima kasih yang infrom kat saya..hehe..saya dah tuntut harap dapat larh..hmm..pham2 la yer..(^_^)






Bloglist 1 Bulan x 5 Pemenang (di sumbang oleh Nur Mahirah) 


Terima kasih..harap dapat la hadiah..hehe(^_^)