Permohonan BR1M Secara Download Borang BR1M 2.0 | Isi Borang BR1M 2.0 ..(^_^)

Pendaftaran pemohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) sebanyak RM250 boleh dibuat dengan memuat turun atau mengisi Borang BR1M 2.0 secara online bermula pada 1 November 2012.  Tarikh tutup permohonan akan diumumkan kemudian.
Borang-borang permohonan BR1M 2.0 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jab atan Penerangan serta agensi-agensi Kerajaan atau dimuat turun (download) melalui link dibawah.
Berikut adalah Individu yang layak mendapatkan BR1M (RM250):
- Warganegara Malaysia;
- Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
• Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
• Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.
Pemohon juga boleh memohon secara online dengan mengisi borang BR!M 2.0 di laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ dan sila rujuk panduan yang disediakan.

2 comments:

Dah pandai2 singgah sini tak nak komen ker..hehe..komen ayat yang baik2 yer..(^_^)