Telemovie Cinta Kamikaze 30 September 8.30 malam


TV9
TELEMOVIE: CINTA KAMIKAZE
HARI/TARIKH:ISNIN 30/9/2013
JAM: 8.30 MALAM


Sinopsis

Drama CINTA KAMIKAZE adalah sebuah telemovie komedi romantik gandingan lakonan hebat dari Zahiril Adzim dan Nadiya Nisaa yang mempunyai karektor berlainan yang seringkali menimbulkan salah faham di antara mereka. Suci merupakan seorang pengacara televisyen wanita yang popular dengan rancangannya sendiri iaitu “Tamu Suci”. Khalish pula merupakan seorang chef muda di sebuah hotel yang terkenal dengan sentuhan masakannya yang mampu membuka selera sesiapa sahaja.

Kerana ingin memberi peluang kepada Khalish agar bakatnya dikenali, pengurus hotel tersebut, Cik Cheryl mencadangkan agar Khalish menjadi tetamu di rancangan Tamu Suci. Kebetulan Suci juga tidak berjaya mendapatkan tetamu di saat-saat akhir. Malangnya, kerana tidak mahu wajahnya disiarkan di kaca televisyen dan rahsianya terbongkar kerana mempunyai ramai teman wanita, Khalish tidak hadir untuk siaran langsung tersebut. Suci malu dan menyimpan dendam terhadap manusia bernama Khalish.
Khalish dan Suci tidak mengenali antara satu sama lain. Mereka hanya berhubung melalui temujanji di dalam telefon sahaja. Namun, tanpa mereka sedari mereka sebenarnya kerap kali bertemu di luar dan akhirnya menjalinkan percintaan kerana masing-masing merahsiakan status mereka.
Sejauh manakah hubungan yang dijalin penuh rahsia itu dapat bertahan? Dapatkah Suci memaafkan perbuatan Khalish yang telah memalukannya sewaktu siaran langsung dahulu? Saksikan drama komedi romantis yang turut dibantu oleh Harun Salim Bachik, Ieda Moin dan Muhd Mentor menerusi slot Skrin Di 9 pada 30 September ini jam 8.30 malam istimewa hanya di TV9. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my.
Trailer


Gambar

Telemovie Cinta Kamikaze
Telemovie Cinta Kamikaze
Telemovie Cinta Kamikaze
Telemovie Cinta Kamikaze
Telemovie Cinta Kamikaze
Telemovie Cinta Kamikaze
Telemovie Cinta Kamikaze
Telemovie Cinta Kamikaze


7 comments:

Dah pandai2 singgah sini tak nak komen ker..hehe..komen ayat yang baik2 yer..(^_^)